faisalnasimuddin

Rejoice! It’s #Coveid

This raya, instead of being sad, worried or restless due to the restrictions imposed by the Conditional Movement Control Order (CMCO), many Malaysians flaunt their Aidilfitri spirit and camaraderie on social media. I noticed it several days ago, but on hari raya the hashtag #Coveid truly made my day.

It was like we’re all saying, look yes, we are threatened by the Covid-19 virus, we can’t celebrate hari raya like we used to but that won’t stop us from being happy. And we all want to share our joys with the rest of the world.

As I’m writing this, there are more than 35,000 posts on Instagram using the #Coveid hashtag. There are another 35,000 posts using #Coveid2020. Look at all the posts – everybody’s smiling, they’re happy and they’re wearing their baju raya.

Due to the CMCO, many of us are not allowed to balik kampung. Still this doesn’t really matter. We can still visit families or friends in the same state. For people in the Klang Valley, we all can still go to Shah Alam or Putrajaya when we’re living in Kuala Lumpur. And people from Selangor can come into Kuala Lumpur. We love Aidilfitri and we will celebrate it in any way we can or allowed to.

As for my family and me, alhamdulillah, all of us including my nephews and nieces are all in the Klang Valley. And just as the many eids before this, we all come together and gather at our family home in Bukit Tunku on the first day of raya.

Nothing beats seeing all your brothers and sisters, the in-laws, and all their kids gathered at one place to celebrate the eid, or should I say Coveid, with the one person who matters most to all of us, our mother.

It was truly a blessing!

Ask anybody how he/she feels about Ramadan and Aidilfitri, I’m pretty sure their eyes will light up with excitement. They will recall stories from their childhood, or even yesteryears, and tell you how Ramadan and Aidilfitri truly made them happy and closer to their families, and most of all, closer to Allah SWT.

The older generations, they might have celebrated Aidilfitri in worse conditions than we are faced with today. Our grandparents might have celebrated raya during WWII or the Japanese Occupation, our parents during the Emergency, and few of us during a time when we can’t video call our families and friends (ha ha). Remember those days?

My point is, make the best out of everything. Don’t let anything hold us down. And so far we Malaysians have shown that despite the difficulties, challenges and restrictions we all facing, hari raya is a special day for us and we will be happy, and we will share our joys with others.

Selamat hari raya again to all celebrating. Maaf zahir dan batin.

Bergembiralah, #Coveid!

Hari raya tahun ini ramai antara kita yang berkongsi semangat dan kegembiraan Aidilfitri di laman-laman media sosial. Kita tinggalkan perasaan sedih, risau dan gelisah akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan ke atas kita demi menyambut hari lebaran. Saya mula lihat hashtag #Coveid digunakan sejak beberapa hari yang lepas, namun pada hari raya, #Coveid benar-benar membuat saya berasa bangga dan gembira.

Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa kita sebagai rakyat Malaysia tetap mahu menyambut hari istimewa ini bersama keluarga dan rakan-rakan walaupun kita berhadapan dengan ancaman virus Covid-19. Dan kita mahu berkongsi kegembiraan kita bersama seluruh dunia.

Sewaktu saya menulis ini, ada lebih daripada 35,000 hantaran di laman Instagram yang menggunakan hashtag #Coveid. Ini tidak termasuk lebih daripada 35,000 lagi yang menggunakan #Coveid2020. Lihatlah semua hantaran-hantaran tersebut. Semuanya memaparkan kegembiraan masing-masing menyambut Syawal dengan penuh kemeriahan, cantik berdandan dengan baju raya masing-masing.

Disebabkan oleh PKPB, ramai antara kita yang tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung. Namun ini tidak melemahkan semangat kita. Kita masih boleh menziarahi keluarga atau rakan-rakan yang tinggal senegeri dengan kita. Untuk penduduk Lembah Klang pula, kita masih boleh pergi ke Shah Alam atau Putrajaya sekiranya kita tinggal di Kuala Lumpur. Dan mereka yang tinggal di Selangor boleh juga datang melawat ke Kuala Lumpur. Kita semua amat suka kepada Aidilfitri dan kita akan tetap menyambutnya dalam cara apa pun yang dibenarkan.

Bagi keluarga saya pula, alhamdulillah, kami bertuah kerana kesemua daripada kami, termasuklah anak-anak saudara tinggal di Lembah Klang. Dan sama seperti hari-hari raya sebelum ini, kami semua berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga kami di Bukit Tunku pada hari raya pertama.

Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada melihat kesemua adik-adik, ipar-ipar dan anak-anak saudara saya berkumpul di tempat yang sama untuk meraikan Aidilfitri, atau pun tahun ini #Coveid, bersama seorang insan yang cukup istimewa kepada kami semua, emak saya.

Ia adalah satu rahmat yang besar kepada saya.

Tanyalah sesiapa sahaja tentang Ramadan dan Aidilfitri, saya pasti mereka akan melonjak gembira dan mula bercerita tentang kisah-kisah gembira mereka sewaktu kecil, atau tahun-tahun sebelum ini dan bercerita bagaimana Ramadan dan Aidilfitri benar-benar membawa seribu kegembiraan dan mendekatkan diri mereka kepada keluarga, dan lebih penting lagi kepada Allah SWT.

Generasi yang lebih tua pula mungkin pernah menyambut Aidilfitri dalam keadaan yang lebih sukar daripada apa yang kita alami hari ini. Datuk nenek kita mungkin pernah menyambut hari raya sewaktu Perang Dunia Kedua atau Pendudukan Jepun, ibu bapa kita pula mungkin pernah menyambut hari raya sewaktu zaman Darurat, dan ada pula antara kita yang pernah menyambutnya dalam zaman di mana kita tidak boleh membuat panggilan video kepada keluarga dan rakan-rakan (ha ha). Ingat lagi tak?

Kesimpulan saya, dalam apa jua keadaan yang kita hadapi, buatlah yang terbaik. Jangan biarkan apa-apa melemahkan semangat kita. Dari apa yang saya lihat, rakyat Malaysia telah menunjukkan bahawa walau apa pun kesusahan, cabaran dan kekangan yang kita hadapi, hari raya adalah hari istimewa buat kita dan kita akan tetap bergembira, dan kita akan tetap berkongsi kegembiraan ini bersama orang lain.

Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya. Maaf zahir dan batin.

Scroll to Top