faisalnasimuddin

Covid-19: We Are Saving Lives

Alhamdulillah, there were only 15 new Covid-19 cases reported on the fourth day of Aidilfitri yesterday. Six of them were import cases and only nine were local transmissions. Out of these nine local transmissions, four were non-Malaysians.

This is a sharp contrast to the scare we had for two days, where 172 new cases were reported on 25th May, and another 187 on 26th May. However, the bulk of these cases were made out of foreigners, detected at immigration depots.

The CMO and CMCO, and the overall attitudes of us Malaysians who have been staying at home and avoiding mass gatherings have shown positive impacts. We haven’t won the war yet, but these statistics show that we somehow are winning a few battles. We must keep up the good work.

I read with interest about how a few skeptics amongst us Malaysians who alluded that Malaysia will follow in the footsteps of Singapore, where infection skyrocketed within the large migrant communities living in dormitories in the city-state. Yesterday alone there were 533 new cases reported in Singapore, bringing the total number of infections to a staggering 32,876 cases.

However this is not happening here. Again, alhamdulillah, and due to the diligence of our government and the hard work by our health and security authorities, we have been able to contain the infections at our immigration depots.

A public health expert with Universiti Malaya commented that more cases of Covid-19 would likely be seen in the days to come as a result of the new immigration depot clusters.

However, when comparing Malaysia with our neighbour, she commented that workers in Singapore have greater contact with the general public as dormitories there are within city borders.

In Malaysia, immigration centres or depots are far from city centres and detainees have almost no contact with other communities.

And we have our government to thank. The Malaysian government’s efforts in curb the spread of infections in these clusters have been impactful.

Of course there will always be naysayers. There will always be people who criticizes everything.

What these people fail to realise is that what the government is doing is actually trying to save lives, both the migrants’ and us, the rakyat. They are placed at depots, given adequate food and do 100% screening for Covid-19. Positive cases are then sent to the Quarantine and Treatment Centre at MAEPS.

I say keep up the good work and may we all be free from this crisis soon, insya-Allah.

Covid-19: Kita Sedang Menyelamatkan Nyawa

Alhamdulillah, kita hanya merekodkan 15 kes baru Covid-19 pada hari raya keempat semalam. Enam daripada mereka adalah kes import manakala sembilan adalah penularan tempatan. Daripada sembilan kes penularan tempatan ini, empat kes adalah bukan rakyat Malaysia.

Ini adalah satu perbezaan yang besar jika kita bandingkan dengan peningkatan mendadak selama dua hari di mana 172 kes baru dilaporkan pada 25 Mei dan 187 kes lagi dilaporkan pada 26 Mei. Namun begitu, majoriti daripada kes-kes ini adalah dalam kalangan warga asing yang dikesan di depot-depot imigresen.

PKP dan PKPB, ditambah pula dengan sikap rakyat Malaysia yang mematuhi arahan duduk di rumah dan mengelakkan diri dari perhimpunan awam telah berjaya menunjukkan kesan yang positif. Kita masih belum menang lagi dalam peperangan ini, namun angka-angka ini menunjukkan kita berjaya dalam beberapa pertempuran. Kita mesti teruskan lagi usaha-usaha ini.

Saya ada terbaca komen-komen segelintir daripada kita yang mengatakan bahawa negara kita akan mengikuti jejak Singapura, di mana jumlah jangkitan telah melonjak tinggi dalam kalangan komuniti pekerja asing yang tinggal di asrama-asrama di sekitar bandaraya Singapura. Semalam sahaja 533 kes baru telah dilaporkan di sana, menjadikan jumlah jangkitan setinggi 32,876 kes.

Namun ini tidak berlaku di negara kita. Sekali lagi, alhamdulillah, dan hasil dasar-dasar kerajaan dan penat lelah pihak-pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan negara, kita telah berjaya mengekang jangkitan di depot-depot imigresen kita.

Seorang pakar kesihatan awam dari Universiti Malaysia berkata bahawa lebih banyak kes jangkitan baru akan dilaporkan dalam masa terdekat ini akibat daripada kuster-kluster baru depot imigresen.

Walaubagaimana pun, apabila kita bandingkan Malaysia dengan Singapura, beliau berkata bahawa pekerja-pekerja asing di Singapura mempunyai lebih banyak kontak dengan masyarakat awam memandangkan asrama tempat tinggal mereka terletak di dalam bandaraya.

Sebaliknya di Malaysia, pusat atau depot imigresen terletak jauh daripada pusat-pusat bandaraya dan tahanan-tahanan pula tidak mempunyai kontak langsung dengan komuniti-komuniti lain.

Kita juga harus berterima kasih kepada kerajaan kita. Hasil daripada dasar dan usaha kerajaan, jangkitan-jangkitan dalam kluster-kluster ini telah dapat dibendung.

Sudah tentulah akan ada yang mengkritik usaha-usaha ini. Memang akan ada golongan akan sentiasa mengkritik.

Namun, mereka tidak nampak bahawa apa yang kerajaan sedang lakukan adalah menyelamatkan nyawa. Bukan sahaja nyawa pekerja-pekerja asing atau pendatang tanpa izin ini, malahan nyawa rakyat Malaysia juga. Warga asing ini ditempatkan di depot, diberikan makanan dan 100% daripada mereka tertakluk kepada ujian Covid-19. Jika ada yang positif, mereka akan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan di MAEPS.

Pada pendapat saya, teruskan saja semua usaha-usaha ini dan semoga kita semua dilindungi dan bebas daripada krisis ini secepat mungkin, insya-Allah.

 

Scroll to Top