faisalnasimuddin

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Berhati-Hati & Bersyukur

Sejak 18 Mac kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah menyekat pergerakan dan perjalanan kita dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Selepas enam minggu kita duduk di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan tujuan untuk meringankan sedikit sekatan-sekatan tersebut dan secara perlahan-lahan membangunkan semula ekonomi negara.

Reaksi terhadap pengumuman tersebut terbahagi dua. Ada antara kita yang berasa lega kerana kini kita sudah boleh melakukan beberapa perkara yang sebelum ini kita tidak boleh lakukan di bawah PKP, antaranya bersenam atau makan di luar. Kita juga boleh keluar berteman sewaktu membeli barangan keperluan.

Perniagaan pula menyambut baik keputusan ini kerana mereka boleh meneruskan operasi perniagaan selepas enam minggu tergendala. Walaupun begitu, ada juga perniagaan yang mengambil keputusan untuk terus tidak beroperasi dan membuat keputusan untuk menunggu sahaja sehingga krisis ini tamat.

Saya tahu ramai yang berasa gembira dengan keputusan kerajaan ini. Ramai ibu bapa yang gembira apabila anak-anak yang terkandas di kampus kolej atau universiti kini boleh pulang ke rumah. Namun begitu, ramai juga yang mengambil sikap berhati-hati dan mereka percaya bahawa langkah terbaik untuk mereka adalah untuk terus mematuhi PKP asal.

Kita faham. Walaupun Malaysia telah berjaya mendatarkan keluk jangkitan sejak 18 Mac, dan untuk beberapa hari jumlah jangkitan menurun kepada dua angka, kes-kes baru telah mula naik semula ke tiga angka. Ramai yang risau sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan memulakan gelombang jangkitan baru yang lebih besar, seperti yang telah berlaku di beberapa buah negara.

Saya percaya kerajaan berhadapan dengan cabaran besar untuk melonjakkan semula aktiviti ekonomi tanpa mengakibatkan bermulanya gelombang jangkitan baru kes COVID-19. Tambahan pula, kerajaan berhadapan dengan satu lagi cabaran, iaitu untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan juga perniagaan.

Namun, hasil daripada komitmen dan ketekunan kerajaan dalam menangani wabak ini, sehinggakan Ketua Setiausaha Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dipilih sebagai salah seorang daripada tiga doktor terbaik dunia dalam menangani COVID-19, saya amat percaya bahawa pihak-pihak berkuasa tahu apa yang mereka lakukan, dan ianya adalah untuk kebaikan bersama.

Secara peribadi, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan dan semua kakitangan barisan hadapan yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tidak berbelah bahagi. Kejayaan Malaysia ini tidak mungkin dicapai tanpa anda semua.

Saya percaya kita mampu melakukannya. Kita mampu membendung wabak ini sambil mengambil sikap berhati-hati dalam melonjakkan aktiviti ekonomi. Kita perlu menambahkan ujian-ujian, melaksanakan pengesanan kontak secara besar-besaran, melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di zon-zon merah, dan kita pula sebagai rakyat perlu terus hidup dalam kitaran “norma baru” dengan mengamalkan penjarakan sosial, mengutamakan kebersihan dan sentiasa berhati-hati dan bersedia.

Terima kasih Malaysia. Let’s keep up the faith.

Conditional Movement Control Order: Be Thankful, But Cautious

Since March 18, Malaysia has imposed the Movement Control Order (MCO) which has restricted our movements and travels in order to curb the spread of COVID-19.

After six weeks of us staying at home and maintaining social distancing, Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin announced that the government would implement a Conditional Movement Control Order (CMCO) in order to ease some of these restrictions and to slowly kickstart the economy.

The announcement received mixed reactions. There are some of us who cherish the idea that we can do some of the things we couldn’t do during the #MCO, such as jogging or dining out. We can also go out in pairs now for grocery shopping.

Businesses applaud this decision as they continue their operation after six weeks of standstill. As people returned to the city on Monday, some businesses have reopened cautiously. However, there are businesses that decide that they should stick to the #MCO and wait out until this crisis blows over.

I know there are people who are happy with the government’s decision. Parents are happy that the children who have been stuck at their colleges or universities are now allowed to go home. On the other hand, there are people who remain cautious and they believe the best way for them is to abide by the initial MCO.

This is understandable. Although Malaysia has successfully flattened the curve since March 18, and for several days the number of infections has gone down to 2-digits, the cases have since gone back up to 3-digits. They are worried that the CMCO would start another wave of mass infections, as had happened in other countries.

I believe it will be quite a challenge to enhance economic activities without igniting another wave of COVID-19 cases. Then, of course, there will always be the challenge of instilling confidence in both the people and businesses.

However, due to the diligence and commitment of the government in handling this pandemic, so much so that our Health DG Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah was named by China Global TV Network as one of the top three doctors in the world for handling COVID-19, I believe that the authority knows what they’re doing.

And personally, I would like to thank and congratulate the government and all its hardworking frontliners and staff for their unwavering commitment. We couldn’t do this without you.

I believe we actually can do this. We can contain this disease while cautiously enhance economic activities. We need to ramp up testing, implement widespread contact tracing, implement stricter localised MCO for red zones, and for us, the people, we need to continue to live within that “new normal” of social distancing, practicing cleanliness and always be cautious, alert and ready.

Thank you, Malaysia. Let’s keep up the faith.

 #terimakasih #ramadankareem #FNrepresent #sharewithsmf #FNPOV

 

 

Scroll to Top