faisalnasimuddin

Returning to Life

Assalamualaikum and good day everyone. Malaysia is now under RMCO (Recovery Movement Control Order (RMCO) phase, from the previous Conditional Movement Control Order (CMCO) phase. Alhamdulillah, the pandemic is slowing down and this is a very good sign. Other countries are having it much worse than Malaysia and we should be grateful we are in this stage.

I am sure many are relieved with the uplifting of the interstate travel ban as we slowly move towards a state of normalcy, or “the new normal”, which also include some things we don’t really like such as the traffic jam and to some, work in the office. That being said, we also have to accept that not everyone is the same and some or perhaps many, are still in fear of the Covid-19 and afraid to mingle and socialise as we were, prior to the pandemic. On the opposite end of the spectrum, the brazen but foolish ones are swashbuckling their recent found freedom by engaging in activities that are prohibited, defined as engaging activities with many people in attendance at one place making it difficult to carry out social distancing and to comply with the directions of the Health Director-General.

Observing this, I am in awe of the nature of humans that we are very much the same yet very different. At the same time, I am earnestly proud to say how Malaysia’s approach in tackling this pandemic is one of the best, if not the best, method of tackling the Covid-19 pandemic. We have been taking the middle way, between the widely supported individualism ideals of the West and the authoritarian communalism of the East. As China is now struggling to handle the virus’ entrance into in its capital, Beijing and the United States recording record number of cases and deaths from the pandemic, our middle way, or wasatiyyah which in Arabic means “middle”, brings forth the concept of a moderate, just and the best approach balancing between both extremes.

This pandemic, viewed from a positive light, actually gives us an opportunity to frame our fears not in the context of panic or overwhelming anxiety, but as care. Our interconnectedness is part of the very meaning of life and as the saying goes, no person is an island. Nations that believe in individuals more than they value the whole society risks its own survival as does the nation that locks humans into their homes as if they were animals in cages without considering the gregarious nature of humans. Both kill, the only difference is one kills the body and another, the soul.

There is a relation in Islam between individual responsibility and the rights and privileges derived from membership in the community. Individual obligations must be met before one can claim a portion from the community of which he is part of.

The Prophet (PBUH) said: “No believer may humiliate himself.” When he was asked how any person would humiliate himself, he said: “By exposing himself to risks with which he cannot cope.” A man runs the risk of illness or injury if he leaves himself exposed to their causes, or by not taking the necessary precautions to prevent them, or by not taking proper care of his health. Islam has given us the necessary directives to steer away from all such risks, making it a duty of every Muslim and this is hadith is prescient even from 1,4000 years ago during this current pandemic.

Covid-19 also has shown us that it is in the best interest of the community to work together as a unit instead of trying to solve it individually and that the way to defeat this virus is not by merely waiting for a vaccine to arrive, but by transforming its greatest strength into its own weakness. By not allowing ourselves to be infected through social distancing and staying at home, we are not allowing the virus to spread further, stopping it dead in its tracks.

Cutting the path of the virus is not uncommon in the medical world. In fact, cutting off the sick part of the body in order to save a life is quite common in cases of tumor or gangrene. We have to make that difficult decision to cut off the bad in order for the other parts to survive.

Applying this principle to our life, we should also cut off people who are toxic and poisonous to us although it may seem cruel and “unfriendly”. Some people are incapable of communicating outside the selfish filter of “convenient victim” that they view life through and debating or engaging with them only drains us further, every single time. Cut them off because the more we let them linger in our lives, the more damage they will cause. In today’s slang, we call it “canceling” people. To cancel is to rebuild the power source and more often than not, to be truly alive.

Kembali Kepada Kehidupan

Assalamualaikum and salam sejahtera semua. Malaysia kini sedang berada dalam fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) selepas melalui PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Alhamdulillah, pandemik ini semakin perlahan dan ini adalah satu petanda yang sangat baik. Negara-negara lain tidak sama nasib dengan kita maka kita patut bersyukur kerana kita sedang dalam pemulihan.

Saya pasti ramai yang lega dengan penarikan arahan tidak boleh rentas negeri ketika kita perlahan-lahan kembali semula kepada kebiasaan atau apa yang dipanggil “normal baharu”, yang mana turut melibatkan perkara-perkara yang kita tidak berapa suka umpamanya kesesakan lalulintas dan kepada sesetengah orang, bekerja di pejabat. Walau apa pun, kita harus terima fakta bahawa bukan semua orang berfikiran sama dan ada juga (barangkali ramai) yang masih takut kepada virus Covid-19 dan khuatir untuk bersosial seperti dulu. Sebaliknya pula, ada pula sesetengah orang yang mengambil kesempatan dari kelonggaran yang diberikan untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dilarang termasuklah sengaja mengkerumuni tempat-tempat awam sehinggakan sukar untuk orang lain mengamalkan penjarakan sosial atau mematuhi arahan-arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

Dalam pemerhatian saya, saya terima sifat semulajadi manusia bahawa kita sebenarnya sama namun berbeza juga. Pada masa yang sama, saya juga amat bangga dengan pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam memerangi pandemik ini kerana ia adalah salah satu pendekatan yang terbaik dalam memerangi pandemik Covid-19. Kita telah mengambil jalan tengah, antara ideal-ideal individualisme yang diperjuangkan oleh Barat dan juga pendekatan autoritarian komunalisme yang diamalkan di Timur. Ketika China sedang bergelut untuk membendung kemasukan virus ini ke ibu negaranya, Beijing, dan Amerika Syarikat pula merekodkan jumlah kes dan kematian yang tinggi, pendekatan sederhana kita, atau “watasiyah” yang bermaksud “tengah” telah membawa kepada konsep kesederhanaan, adil dan pendekatan yang seimbangkan kedua-dua ekstrim tersebut.

Pandemik ini apabila kita lihat dari satu sudut yang positif, sebenarnya memberikan kita peluang untuk memaparkan kekhuatiran kita dalam konteks keprihatinan, bukannya panik atau kegelisahan melampau. Kesalinghubungan antara kita adalah sebahagian daripada kehidupan kerana tiada seorang pun boleh hidup bersendirian tanpa orang lain. Negara-negara yang mempercayai individu lebih daripada masyarakat secara keseluruhannya berisiko untuk mempertaruhkan survival mereka, begitu juga dengan negara-negara yang mengurung rakyat di dalam rumah seolah-olah mereka haiwan. Kedua-duanya mampu membunuh, perbezaannya satu membunuh tubuh manakala yang satu lagi membunuh jiwa.

Terdapat hubungan dalam Islam antara tanggungjawab individu dan hak atau kesitimewaan yang dinikmati dari kehidupan bermasyarakat. Tanggungjawab individu haruslah ditepati sebelum seseorang boleh meminta apa-apa pun daripada masyarakat.

Rasulullah SAW bersabda: “No believer may humiliate himself.” Apabila Baginda ditanya bagaimana seseorang boleh mengaibkan diri sendiri, Baginda menjawab: “Dengan mendedahkan diri kepada risiko yang dia tidak boleh hadapi.” Seseorang berisiko terhadap penyakit atau kecederaan sekiranya dia terdedah kepada sebab-sebab penyakit tersebut, atau dengan tidak mengambil langkah-langkah untuk membendungnya, atau dengan tidak mengambil berat kepada kesihatannya. Islam telah memberikan kita pelbagai panduan untuk menjauhkan diri kita dari risiko-risiko tersebut, menjadikan tanggungjawab setiap orang Islam untuk menjauhkan diri daripada risiko-risiko tersebut, dan hadith ini kekal relevan dengan situasi kita hari ini.

Covid-19 juga telah menunjukkan kepada kita betapa pentingnya untuk bekerjasama sebagai satu unit dan bukannya cuba menghadapinya berseorangan, dan bahawa cara untuk menewaskan virus ini adalah bukan hanya menunggu ketibaan vaksin, tetapi dengan mengubah kekuatan utamanya menjadi kelemahan utamanya. Dengan mengelakkan diri daripada dijangkiti menerusi penjarakan sosial dan duduk di rumah, kita tidak membenarkan virus ini terus merebak dan menghentikan penularannya.

Mematikan perjalanan virus bukanlah satu perkara baru dalam dunia perubatan. Malahan, memotong bahagian tubuh yang dijangkiti untuk menyelamatkan keseluruhan tubuh adalah sesuatu yang normal dalam dunia perubatan terutamanya dalam kes tumor atau gangren. Kita harus mengambil keputusan sukar untuk menyelamatkan diri kita.

Kita juga boleh aplikasikan prinsip ini dalam kehidupan di mana kita harus memotong sesiapa yang toksik atau beracun kepada kita walaupun nampak kejam. Sesetengah orang tidak boleh berkomunikasi di luar skop pandangan mereka semata-mata dan berinteraksi atau berdebat dengan mereka adalah satu kerja yang sia-sia. Potonglah mereka dari kehidupan kita sebelum mereka terus membawa kerosakan kepada kita sendiri. Dalam slanga hari ini, kita panggil ini “cancelling people”. Dengan tindakan “canceling” ini, kita membina semula kehidupan kita dan bila ini berlaku kita boleh betul-betul merasai kehidupan

Scroll to Top