faisalnasimuddin

Malaysia Prihatin

Tomorrow we will be celebrating the 63rd anniversary of our nation’s independence. I love the theme of our celebration this year, Malaysia Prihatin. It means Malaysia Cares. And the logo, our national flag Jalur Gemilang designed to depict a heart, is so apt in describing how we are feeling today. We are a loving and caring nation, and we all should be proud of that.

This year also marks the 50th anniversary of the Rukun Negara, our national blueprint for national unity promulgated on 31s August 1970. Rukun Negara is the five pillars that act as the key to harmony and unity for the success and stability of Malaysia. Rukun Negara has brought impact to our unity among the races and strengthens the bond that entwined from way back. Let us celebrate its 50th anniversary to continuing what previous generations have done, by working together and staying united as we take our nation to the future.

We are living history. Future generations will be talking about how we persevered in facing the trials and tribulations posed by the Covid-19 pandemic. Our nation has been through some bad times in the past, but this time it is unprecendented. We fought hand in hand, and we have won several battles. It is our duty now to continue fighting to win the war.

And if we continue to demonstrate our caring, determined and patient nature, there’s a pretty good change that we will win it in the end.

Happy Merdeka, Malaysia!

 

Esok kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-63. Saya sangat suka kepada tema perayaan tahun ini, Malaysia Prihatin. Logo sambutan, bendera kebanggaan kita Jalur Gemilang yang direka untuk menyerupai hati, juga sangat sesuai dengan perasaan dan semangat kita hari ini. Sememangnya negara kita Malaysia adalah sebuah negara dan prihatin dan penuh kasih sayang, dan kita semua sepatutnya sangat berbangga.

Tahun ini juga adalah ulangtahun ke-50 Rukun Negara, iaitu falsafah kebangsaan tentang perpaduan nasional yang mula diperkenalkan pada 31 Ogos 1970. Rukan Negara adalah lima teras asas yang berperanan sebagai kunci kepada perpaduan dan keharmonian demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Rukun Negara telah membawa impak yang besar terhadap perpaduan antara berbilang kaum dan memperkukuhkan talian persahabatan yang terjalin sejak sekian lama. Marilah kita meraikan ulangtahun ke-50 ini dengan meneruskan apa yang telah dilakukan oleh generasi-generasi sebelum kita, iaitu saling bekerjasama dan kekal bersatu padu dalam usaha kita membawa negara ke masa hadapan yang lebih gemilang.

Kita sedang hidup dalam era yang akan menjadi sejarah. Generasi-generasi akan datang akan berbicara tentang bagaimana kita menghadapi cabaran dan keperitan yang dibawa oleh pandemik Covid-19. Negara kita pernah melalui beberapa tempoh yang sukar sebelum ini, namun kali ini ianya belum pernah lagi berlaku. Kita telah berjuang bersama-sama, dan kita telah berjaya memenangi beberapa pertempuran kecil. Kini, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus bersatu dan memenangi perang ini.

Dan jika kita terus menunjukkan sikap prihatin, bertekad dan sabar, kita ada peluang besar untuk memenanginya.

Selamat Hari Merdeka, Malaysia!

Scroll to Top