On 23rd to 26th April, #TeamFN packed our backpacks and drove to Perak, Kelantan and Terengganu as part of the #FNInitiative to provide assistance to those affected by the global pandemic and the economic downturn. Senior citizens, single mothers, and school children from poor families were some of the recipients of this effort. Prior to our journey, we have acquired the mandatory police permits to cross state borders, and during the four days of our travel we ensured all activities were in compliance with the SOPs of the MCO.
Our 20-personnel crew left Kuala Lumpur on Tuesday and drove towards Gerik, Perak where we stopped at Tanjung Malim for a nasi padang lunch at the famous Andri Nasi Padang. We then headed towards Kuala Kangsar to hand out assistance and gift bags to a family in Kampung Berala. Later we proceeded to visit three more families in Kampung Changkat Kampar, Kampung Temong Hulu & Kampung Banggol Belimbing in Lenggong. I thank everybody who was there, greeting #TeamFN with welcoming smiles.
We left Lenggong and continued our journey to the Royal Belum Rainforest Park where #TeamFN spent our night in the boathouse! We had so much fun. We truly enjoyed the lake scenery, some of us jumped in the water, some attempted to fish, and I even joined the team for a karaoke session.
On the morning of our second day, I went canoeing in the lake while some of the crew went fishing. We then took a 40-minute boat ride to visit an Orang Asli village nearby. We were told that the Jahai tribe at the village is known amongst locals as “The Happy People”. They were smiling and waving at us on the boat. We left Royal Belum before noon and continued our journey to Kelantan.
We had our lunch at Restoran Yazid Nasi Daun Pisang in Tanah Merah before heading towards Kampung Sat Hulu for our first delivery of assistance and gift bags. In Machang, we handed assistance and gift bags to a family in Kampung Padang Selising, and later five laptops and assistance to 80 pupils at Sekolah Kebangsaan Hamzah (1). I thank all the teachers and staff who greeted us with a big feast, Alhamdulillah. After that we went straight to Kampung Sireh in Kota Bharu for our last delivery for the day. We spent the night in the Kelantan capital where we had dinner at the packed Suwarinjinda Cafe at Jalan Pantai Cahaya Bulan. The food was awesome! Sedak sengoti! We also dropped by at Kopi Mesin for coffee.
The next day, we spent the morning and afternoon in Kelantan before continuing our trip to Terengganu. Since there was no more delivery for us for Kelantan, we took the time to do some sightseeing in the beautiful Kelantan capital. During breakfast at the famous Kedai Kopi White House (where we had a feast of Kelantanese breakfast!), #TeamFN was surprised by a gift of delicious sandwiches from Mamatok Deli Kitchen who came over to meet us. Terima kasih boh!
We then headed to Pasar Besar Siti Khadijah for some shopping and shooting before going to Yona Batik, a family-owned batik factory and boutique. I got the chance to try the batik printing techniques, and I think I did pretty good for a novice Thank you for the wonderful experience. For lunch, we went to Singgora Kota Bharu for a delicious taste of Kelantanese traditional cuisine. It is also a traditional kampung-style homestay so we hung around for a bit to take some pictures. Thank you Abang Mat & staff for your wonderful hospitality. At around 2:30, we bid good bye to Kelantan and continued our drive to Terengganu to hand out assistance for two families in Kampung Bukit Tok Ris & Kampung Baru Seberang Takir in Kuala Nerus. We had an early dinner at Seafood Kuala Ibai Bawah Jambatan before heading to Teratak Sekuchi to spend the night.
On our final day we took some time to enjoy the wonderful scenery of Mengabang Telipot, a small fishing village in Kuala Terengganu. Our homestay Teratak Sekuchi was a beautiful traditional timber beach-house facing the South China Sea, so #TeamFN took some time to enjoy the morning sea breeze. We later got together in to have breakfast together in the house. It’s Terengganu, so of course we all had nasi dagang, bought from Nasi Dagang Atas Tol.
At around 10 am, we checked out and continued our CSR drive to Kampung Bukit Kandis in Kuala Nerus to hand out assistance and gift bags to three families. #TeamFN would like to thank the two teachers who helped and led the way for us, and also everybody along the way who welcomed and greeted us with their generosity and hospitality. We truly enjoyed Terengganu – its scenery, its culture & people, and of course its wonderful food. Around noon, we began our journey back to Kuala Lumpur and we all stopped by at Temerloh to have lunch at Selera Patin Bangau.
All in all, it was a wonderful trip and I was glad that I got to experience things I’ve never done before, such as riding the becha, or printing batik. It was also my first time in Kota Bharu and the state of Kelantan, so of course this trip would be memorable to me for years to come. I would like to thank everyone in #TeamFN for their dedication and commitment in making this trip such a wonderful experience: Reshma, Maslin, Sharifah Shussna, Azizul, Haziq, Nafis, Amir, Mubin, Faizul, Fadzil, Kamal, Khalid, Azlan, Amirul & Idzhar.
I look forward to another one. Until next time!
#TeamFN di Perak, Kelantan & Terengganu
Pada 23 hingga 26 April, #TeamFN bersiap dan memulakan perjalanan ke Perak, Kelantan dan Terengganu sebagai sebahagian daripada #FNInitiative untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat pandemik global dan kelembapan ekonomi hari ini. Warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan adalah sebahagian daripada penerima bantuan ini.
Krew kami yang seramai 20 orang meninggalkan Kuala Lumpur pada hari Selasa dan memandu ke arah Gerik, Perak di mana kami singgah di Tanjung Malim untuk makan tengahari di Nasi Padang Andri. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan hadiah kepada sebuah keluarga di Kampung Berala. Selepas itu kami menziarahi tiga lagi keluarga di Kampung Changkat Kampar, Kampung Temong Hulu & Kampung Banggol Belimbing di Lenggong. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyambut kami dengan senyuman mesra.
Kami meninggalkan Lenggong dan meneruskan perjalanan ke Royal Belum Rainforest Park di mana #TeamFN bermalam di rumah bot! Seronok betul. Pemandangan tasik yang memukau menenangkan mata dan fikiran kami, ada antara kami yang terus terjun ke dalam tasik, ada yang cuba untuk memancing, dan saya pun turut sama berkaraoke bersama #TeamFN. Pagi keesokan harinya, saya berkayak di sekitar tasik sementara beberapa orang dari krew kami cuba memancing lagi walaupun tidak mendapat sebarang tangkapan. Kemudian, kami menaiki bot selama 40 minit ke arah sebuah perkampungan orang asli berdekatan. Masyarakat tempatan memanggil mereka “The Happy People”. Mereka senyum dan melambai-lambai kepada kami. Kami meninggalkan Royal Belum pada tengahari dan meneruskan perjalanan ke Kelantan.
Kami makan tengahari di Restoran Yazid Nasi Daun Pisang di Tanah Merah sebelum ke Kampung Sat Hulu untuk menghulurkan bantuan. Di Machang, kami menghulurkan bantuan dan sumbangan hadiah kepada sebuah keluarga di Kampung Padang Selising, dan kemudiannya kami ke Sekolah Kebangsaan Hamzah (1) untuk menghulurkan bantuan lima buah komputer riba dan juga sumbangan hadiah untuk 80 orang murid dari keluarga kurang berkemampuan. Saya ucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang menyambut kami dengan majlis yang besar, Alhamdulillah. Selepas itu kami terus ke Kampung Sireh di Kota Bharu untuk bantuan seterusnya. Kami bermalam di ibu negeri Kelantan itu dan makan malam di Suwarinjinda Cafe di Jalan Pantai Cahaya Bulan. Lazat sungguh makanan di sana! Sedak sengoti, bak kata orang Kelantan. Kemudiannya kami singgah di Kopi Mesin untuk minum kopi pula.
Keesokan harinya kami menghabiskan pagi dan tengahari kami di Kelantan sebelum berangkat ke Terengganu. Oleh kerana kami tiada lagi ziarah bantuan untuk Kelantan, kami mengambil masa untuk menikmati kecantikan Kota Bharu. Sewaktu bersarapan pagi di Kedai Kopi White House, kami dikejutkan dengan hadiah berupa sandwic yang disumbangkan oleh Mamatok Deli Kitchen yang datang bertemu kami. Terima kasih boh!
Kami kemudiannya ke Pasar Besar Siti Khadijah untuk membeli belah dan bergambar sebelum ke Yona Batik, kilang dan kedai batik yang diusahakan oleh sebuah keluarga. Saya berpeluang untuk mencuba teknik mencetak dan melukis batik, dan saya rasa hasil kerja saya boleh tahanlah walaupun saya tidak pernah melakukannya sebelum ini. Terima kasih kerana memberikan saya pengalaman ini. Untuk makan tengahari, kami ke Singgora Kota Bharu untuk mencuba hidangan tradisional Kelantan yang sangat menyelerakan. Ia juga merupakan sebuah homestay ala kampung tradisional jadi kami menghabiskan masa untuk bergambar. Terima kasih Abang Mat dan kakitangan Singgora yang melayan kami dengan sangat mesra. Pada sekitar 2:30 petang, kami meninggalkan Kelantan dan meneruskan perjalanan ke Terengganu untuk menghulurkan bantuan kepada dua keluarga di Kampung Bukit Tok Ris & Kampung Baru Seberang Takir di Kuala Nerus. Kami makan malam di Seafood Kuala Ibai Bawah Jambatan sebelum ke Teratak Sekuchi untuk berehat dan bermalam.
Pada hari terakhir kami menghabiskan masa pada belah pagi untuk menikmati pemandangan memukau di Mengabang Telipot, sebuah perkampungan nelayan kecil di Kuala Terengganu. Homestay kami Teratak Sekuchi adalah sebuah rumah kayu tradisional tepi pantai yang berhadapan dengan Laut China Selatan jadi sudah pastilah kami ambil peluang untuk menikmati angin laut yang menyegarkan. Kemudian kami berkumpul di dalam rumah dan bersama menikmati sarapan pagi. Di Terengganu, sudah pastilah sarapannya adalah nasi dagang yang dibeli dari Nasi Dagang Atas Tol.
Pada sekitar jam 10 pagi, kami meneruskan perjalanan kami ke Kampung Bukit Kandis di Kuala Nerus untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan hadiah kepada tiga keluarga di sana. #TeamFN ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang membantu dan menunjukkan jalan kepada kami, dan juga kepada semua yang membantu dan menyambut kami dengan kemesraan. Kami amat menyukai Terengganu dengan pemandangannya, budaya dan masyarakatnya, dan sudah tentunya makanannya yang lazat dan segar. Pada tengahari, kami memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan kami singgah di Temerloh untuk makan tengahari di Selera Patin Bangau.
Kesimpulannya, pengembaraan kami ini sangat menyeronokkan dan saya berbesar hati dapat melalui pengalaman menarik yang sebelum ini tidak pernah saya alami, umpamanya menaiki becha, atau mencetak dan melukis batik. Ini juga adalah kali pertama saya ke Kota Bharu dan negeri Kelantan, jadi sudah tentulah pengalaman ini akan sukar saya lupakan. Saya ingin mengucapkan tetima kasih kepada setiap orang dalam #TeamFN yang berdedikasi dan komited untuk menjayakan usaha ini: Reshma, Maslin, Sharifah Shussna, Azizul, Haziq, Nafis, Amir, Mubin, Faizul, Fadzil, Kamal, Khalid, Azlan, Amirul & Idzhar.
Semoga kita dapat mengulangi pengalama ini lagi satu hari nanti. Sehingga lain kali!