faisalnasimuddin

FNxGuptaHomme & The Beginning of a New Era with FN Initiative

Last Friday has been an eventful and memorable day for me.

I would like to thank again those who attended the FNxGuptaHomme private launch at Robinsons Four Seasons Kuala Lumpur. While this collaboration marks my first foray into the fashion industry, I would like to reiterate that this is only a part of something that I call the FN Initiative.

Simply put, it is an initiative in which I hope to forge collaborations or partnership with who I regard as some of the best minds and talents in our country today, not just in fashion but also in pretty much everything else. I consider those I collaborate with as experts, or masters in their respective fields.

For instance, just last Monday I signed a collaboration which Fahdi Ghazali, founder of FunnelEvo and Chairman of SIFOO International Sdn. Bhd. We seek to help entrepreneurs and SMEs with business evaluation, investment and coaching. Stay tuned for more information and announcements for this exciting collaboration.

On 29 August, I shall be taking part as one of the speakers for FunnelEvo’s Entrepreneur Online Summit which is to be held online due to the RMCO. This is also something that I am looking forward to as I will be sharing my insights, experience and hopes with about 2,000 participants. I’ll share more information on this summit later so stay tuned.

Back to the FNxGuptaHomme launch. The idea to collaborate with Syomir actually played around in my head last year. I thought of something memorable to celebrate my 40th birthday, and as it happened Syomir has never had any men’s collection in his mesmerizing repertoire. So I approached him with this idea of mine and to my surprise he was all up for it.

That was how FNxGuptaHomme started – just with an idea. The FN Initiative, after all, is an embodiment of visions, ideas and hopes. It will be memorable for both Symoir and I, as it is Syomir’s first men’s collection, and for me, my maiden voyage into the fashion world.

The stunning collection showcased by Syomir last Friday is an homage to our forefathers who travelled, explored and traded in the stunning Archipelagos of Asia generations ago. Each piece is a melting pot of distinctive cultures, sewn together with history and style in mind.

You have to admit, they do look awesome!

I hope this collaboration would not be my last in fashion. I had a blast, and it will be something that will stay etched in my memories for many years to come.

I would like to thank everyone involved in this project, from inception right up to the launch. Thank you to Team Gupta for all the hard work and efforts you guys put in to make this collaboration a success – Syomir, Lisa Hosen, Bibo Aswan dan Jiman. Also a huge thanks to my team members who tirelessly work day and night to make sure this happens – Reshma, Juan and Jehan.

You guys rock!

Pelancaran FNxGuptaHomme & Permulaan Era Baharu Untuk Inisiatif FN

Jumaat lepas adalah satu hari yang sangat tidak dapat dilupakan bagi diri saya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghadiri majlis pelancaran FNxGuptaHomme di Robinsons Four Seasons Kuala Lumpur. Walaupun kolaborasi ini adalah yang pertama untuk saya di dalam dunia fesyen, saya ingin menjelaskan sekali lagi bahawa ianya hanyalah salah satu bidang daripada apa yang saya panggil Insiatif FN.

Secara asasnya, ia adalah satu inisiatif di mana saya melakarkan kerjasama atau perkongsian bersama sesiapa sahaja yang saya anggap sebagai bakat dan minda terbaik di Malaysia hari ini, bukan hanya di dalam dunia fesyen tetapi di dalam pelbagai dan apa jua bidang pun. Saya memilih untuk bekerjasama dengan pakar-pakar atau pelopor-pelopor dalam bidang masing-masing.

Sebagai contoh, Isnin lepas saya baru sahaja memeterai kolaborasi bersama Fahdi Ghazali, pengasas FunnelEvo dan Pengerusi SIFOO International Sdn. Bhd. Kami bekerjasama untuk membantu usahawan dan PKS dengan penilaian perniagaan, pelaburan dan latihan. Nantikan pengumuman lanjut tentang usahasama menarik ini.

Pada 29 Ogos ini pula, saya akan mengambil bahagian sebagai salah seorang speaker di dalam Entrepreneur Online Summit yang dianjurkan oleh FunnelEvo. Acara ini dijalankan dalam talian memandangkan kita masih lagi di dalam PKPP. Saya sangat berbesar hati untuk terlibat bersama, dan saya akan berkongsi pandangan, pengalaman dan harapan saya bersama 2,000 peserta seminar. Saya akan berikan maklumat lanjut berhubung seminar ini kemudian, jadi nantikanlah pengumuman saya.

Kembali kepada pelancaran FNxGuptaHomme. Idea untuk berkolaborasi bersama Syomir tercetus sejak tahun lepas lagi. Saya terfikir untuk melakukan sesuatu yang akan kekal dalam ingatan sempena ulangtahun kelahiran saya yang ke-40. Kebetulan pula Syomir belum pernah lagi mengeluarkan koleksi pakaian lelaki dalam koleksi-koleksinya yang sangat menarik. Maka saya menceritakan idea saya itu bersama Syomir, dan dia terus bersetuju.

Begitulah bagaimana lahirnya FNxGuptaHomme – daripada cetusan satu idea. Inisiatif FN adalah penggabungan wawasan, idea dan harapan. Kolaborasi ini sangat bermakna bagi Syomir, kerana ia adalah koleksi pakaian lelaki pertama untuk jenamanya, dan bagi saya kerana ini pengembaraan pertama saya ke dalam dunia fesyen.

Koleksi menarik yang dipamerkan oleh Syomir Jumaat lepas adalah satu penghormatan kepada nenek moyang kita yang mengembara, meneroka dan berniaga di Kepulauan Asia beberapa generasi yang lalu. Setiap pakaian yang dipamerkan memaparkan kepelbagaian budaya, dihasilkan dengan gabungan sejarah dan gaya.

Koleksi ini memang bergaya!

Saya harap ini bukanlah kolaborasi terakhir saya dalam dunia fesyen. Saya sangat teruja, dan pengalaman ini akan tersemat dalam ingatan saya sampai bila-bila.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam pelancaran ini, daripada bermula cetusan idea hinggalah ke hari pelancaran. Terima kasih kepada Team Gupta atas kerja keras anda semua sehingga acara ini berjaya – Syomir, Lisa Hosen, Bibo Aswan dan Jiman. Tidak lupa juga terima kasih kepada pasukan FN, yang bekerja keras siang dan malam untuk memastikan kejayaan pelancaran ini – Reshma, Juan dan Jehan.

You guys rock!

Scroll to Top