Amidst all the worries and anxieties we all had to endure during the MCO, CMCO and now RMCO, we’ve had some good news coming from the Health Ministry in terms of how we’ve managed to flatten the infection curve of Covid-19.
Last week another good news came out of the woodwork and that was the report by World Bank saying that Malaysia’s economy can be expected to be on the recovery path starting from the end of this year and return to growth into 2021.
Recovery: A word all of us would definitely love to hear.
The World Bank said that Malaysia needs to continue our encouraging and effective public health measures while bringing the economy back to where it was before the pandemic hit all of us.
I have echoed several opinions before this that Malaysia will definitely face a challenge in doing so, but I have also maintained that I had full confidence in the Government and also the people.
It seems like the Government is doing all the right things. Our pro-growth policies as well as incentives to push the private sector were crucial. We then continue to support the vulnerable and laid our focus on firms that need support and recovery, typically the SMEs.
The Government then continues its efforts on reform agendas such as those involving governance, regulatory environment, and competition of economic sectors in our bid to achieve high-income nation status.
Malaysians also did our part. We are now entering the recovery phase pf Covid-19 due to our resilience and togetherness. We take a pause in our lives to see our country recording a declining trend of infections, and while doing that we also see how our country’s medical and public health capacity reaching a new level of confidence and trust.
Let’s all continue what we’re doing, and hope for the best.
Kita Juga Sedang Menuju Ke Arah Pemulihan Ekonomi
Sewaktu kita semua sedang melalui kerisauan dan kegusaran dalam PKP, PKPB dan PKPP, kita kerap dihidangkan dengan berita-berita baik dari Kementerian Kesihatan tentang bagaimana kita berjaya mendatarkan keluk jangkitan Covid-19.
Minggu lepas kita mendapat satu lagi berita baik dan ia adalah kenyataan positif yang dikeluarkan oleh Bank Dunia yang mengatakan ekonomi Malaysia dijangka memulih bermula penghujung tahun ini dan menuju ke arah pertumbuhan pada 2021.
Pemulihan: Sepatah perkataan yang saya yakin kita semua suka.
Bank Dunia berkata Malaysia perlu meneruskan langkah-langkah kesihatan awam yang efektif dan pada masa yang sama berusaha membawa semula ekonomi ke tahap sewaktu sebelum pandemik Covid-19 mengubah kehidupan kita semua.
Saya setuju dengan pendapat sesetengah pihak bahawa Malaysia bakal menghadapi cabaran untuk melonjakkan ekonomi dan mengawal penularan wabak Covid-19 pada waktu yang sama. Namun saya juga amat yakin kepada kerajaan kita, dan juga kepada rakyat Malaysia secara amnya.
Jelaslah kerajaan sedang melakukan yang terbaik dan mengambil langkah-langkah yang tepat. Dasar-dasar pro-pertumbuhan dan juga insentif-insentif untuk mendorong sektor swasta sangatlah penting. Kita juga terus membantu golongan yang paling memerlukan dan menumpukan perhatian kepada syarikat-syarikat yang memerlukan bantuan dan pemulihan, terutamanya PKS.
Kerajaan kemudiannya meneruskan usaha-usaha ke arah agenda pembaharuan seperti yang melibatkan pentadbiran, persekitaran pengawalseliaan dan pertandingan antara sektor-sektor ekonomi dalam usaha menuju ke arah status negara maju berpendapatan tinggi.
Rakyat Malaysia juga adalah sebahagian daripada kejayaan ini. Kita kini sedang menuju ke fasa pemulihan Covid-19 hasil daripada semangat ketahanan dan perpaduan kita. Kita menghentikan buat sementara waktu kehidupan biasa kita agar negara kita dapat merekodkan tren jangkitan yang semakin menurun, dan pada masa yang sama kita juga menyaksikan bagaimana kapasiti sektor perubatan dan kesihatan awam kita melonjak ke arah yang lebih meyakinkan.
Marilah kita teruskan usaha-usaha kita ini bersama, dan berdoalah agar kita mendapat yang terbaik di sebalik cabaran yang kita hadapi.